Lawatan kerja Pewani ke Universiti Malaysia Sabah pada 28 Ogos 2017 dipenuhi dengan kenangan manis.

Rombongan Pewani yang diketuai oleh YBhg Datin Prof Madya Hjh Fazilah Azam Ahmad dalam kunjungan ke Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita UMS (KESUMBA) telah diberi sambutan meriah oleh Yang Dipertua Puan Roha Asmara dan juga disambut mesra oleh Exco dan AJK KESUMBA

Kunjungan Pewani Induk juga turut disertai Pengerusi Pewani UiTM Sabah, YBhg Datin Hjh Dayang Noorizan Bakrin dan Timbalan Pengerusi Prof Madya Hjh Rosdiana Hj Sukardi

Taklimat telah diberikan di Teratak KESUMBA, UMS. Pertukaran maklumat dan idea telah berlansung dengan begitu bernas. Lawatan ke berberapa lokasi menarik sekitar kampus, telah memberikan satu pengalaman baru kepada peserta khususnya semasa melawat galeri dan museum UMS.

Terima kasih KESUMBA

 

kesumba1.jpg kesumba2.jpg kesumba3.jpg

kesumba4.jpg kesumba5.jpg