Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pertamanya diucapkan TAHNIAH di atas kecemerlangan pelajaran anak Tuan/ Puan yang telah menduduki peperiksaan UPSR dan PT3 bagi tahun 2018.

Bersama-sama dengan ini disertakan borang permohonan Anugerah Kecemerlangan Akademik (AKA) untuk ahli PEWANI bagi peperiksaan Tahun 2018.

Kriteria Anugerah Kecemerlangan Akademik (AKA):

1. Ahli PEWANI- telah menjadi ahli PEWANI melebihi setahun.
2. Keputusan peperiksaan adalah seperti berikut:

Peperiksaan Taksiran Tingkatan 3 (PT3) : Minimum 7A
Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) : 6A

 
Sila kembalikan borang ini beserta dengan salinan keputusan peperiksaan yang berkenaan kepada:

Cik Nurul Elma Bt Kordi (AJK PEWANI, Biro Akademik dan Latihan),
Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM, 40450 Shah Alam, Selangor.
Tel: 012-5333959/ 03-55436194
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

*Sila sertakan salinan keputusan peperiksaan UPSR/ PT3 2018.
Borang yang lengkap sahaja akan diproses.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Mac 2019.
 
Segala permohonan yang diterima selepas daripada tarikh tutup tidak akan dilayan.

Sekian, dimaklumkan.

Terima kasih.

Muat Turun Borang

 

­