Sekitar Majlis Kunjungan Hormat YDP PEWANI, Puan Hajah Rahimah Abdul Rahman, bersama barisan EXCO Pewani Induk ke UiTM Johor Kampus Segamat pada 11 September 2019. Kunjungan ini membuka ruang untuk AJK Pewani UiTM Johor berbincang bersama EXCO Pewani Induk tentang program-program yang dilihat mampu menaikkan nama PEWANI. Cadangan kaedah penjanaan pendapatan turut dikongsikan agar kami dapat menambah pendapatan bagi menampung perbelanjaan program-program yang perlu dijalankan.

Sekalung penghargaan buat Ahli Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) yang turut melapangkan masa bagi mengalukan kehadiran delegasi EXCO Pewani Induk

Terima kasih juga buat ahli Pewani UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat & Pasir Gudang yang hadir untuk sesi ramah-mesra. Teruslah menyokong dan sentiasa bersama untuk PEWANI. Semoga kunjungan ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

 

 

­