Pada 30 Januari 2021 telah genap 30 tahun Persatuan Wanita UiTM (Pewani) ditubuhkan. Bagi meraikan sambutan 30 tahun Pewani, Exco Sukan dan Rekreasi Pewani UiTM menganjurkan Larian 30 Tahun Pewani secara buat julung kalinya.
• Pendaftaran terbuka kepada semua Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia, lelaki dan wanita.
• Peserta boleh berlari, berjogging atau berjalan bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang selamat, di dalam kawasan rumah ataupun menggunakan treadmill.
• Peserta diingatkan agar mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) terkini yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi aktiviti riadah, terutamanya bagi kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
• Peserta juga perlu menggunakan apa-apa jenis aplikasi larian / alat peranti untuk merekod masa dan jarak larian (step counter/pedometer tidak dibenarkan).
• Peserta boleh membahagikan jarak larian sebanyak beberapa kali yang diingini selagi jarak terkumpul mencapai jarak 30km.

TEMPOH PENDAFTARAN: 1 – 28 FEBRUARI 2021
TEMPOH LARIAN: 1- 28 FEBRUARI 2021
HANTAR KEPUTUSAN: BERMULA 15- 28 FEBRUARI 2021
PENGHANTARAN KIT LARIAN: SEPANJANG BULAN MAC 2021
YURAN PENDAFTARAN: RM65 TERMASUK KOS PENGHANTARAN
KIT LARIAN: E-BIB, MEDAL DAN T-SHIRT
PAUTAN PENDAFTARAN: https://forms.gle/nE7DBQgWnQiR3xhp7