MENGENAI PEWANI
PEWANI adalah Persatuan Wanita Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang merupakan satu persatuan bagi staf wanita dan isteri staf UiTM. PEWANI ditubuhkan atas dasar untuk menjaga kebajikan dan memberi aktiviti kepada staf wanita dan isteri staf di UiTM. Tujuan PEWANI ditubuhkan adalah untuk merapatkan perhubungan muhibbah dan menyatukan kakitangan-kakitangan wanita Universiti dan isteri di semua peringkat perkhidmatan.
Selain itu untuk menggalakkan dan menguruskan kerja-kerja amal melalui kutipan derma dan lain-lain sumber kewangan bagi faedah ahli-ahli dan keluarga mereka serta orang ramai. Ia juga dapat menjadikan perhubungan erat serta kerjasama dengan lain-lain persatuan wanita yang berdaftar di negara ini bagi memupuk semangat persefahaman dan menambahkan pengetahuan mengenai perkara yang mendatangkan faedah kepada Persatuan. Malah PEWANI dapat menimbulkan kesedaran di kalangan ahli akan kepentingan, peranan dan tanggungjawab wanita dalam meninggikan imej Universiti dan negara.
Kelebihan Sebagai Ahli:
-
Dapat mengikut program yang dianjurkan oleh persatuan
-
Mendapat keistimewaan dari segi yuran penyertaan sekiranya melibatkan program yang berbayar
-
Boleh memohon untuk Anugerah AKA bagi anak-anak yang cemerlang
-
Dapat membantu sesame ahli yang ditimpa musibah
-
Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama staf
-
Dapat menimba ilmu, pengalaman dan pengetahuan melalui aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan
-
Menambahkan kenalan
Sumbangan Kepada Ahli:
-
Anugerah Kecemerlangan Akademik (AKA) Anak Ahli PEWANI bagi Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM
-
Sumbangan Ramadhan dalam Majlis Kenangi Mereka Sayangi Mereka (KMSM) kepada anak yatim, asnaf dan balu staf UiTM
-
Sumbangan musibah kepada ahli bergantung kepada kewangan persatuan
LATAR BELAKANG
PEWANI ditubuhkan pada 30 Januari 1991 bertempat di Selangor, Malaysia.
No pendaftaran PPM-006-10-30011991
Bunga Inai
Digambarkan melambangkan kegigihan dan semangat perjuangan yang ujud melalui Persatuan Wanita UiTM
Warna
Warna unggu dan kuning membawa maksud intelektualism dan anggun, serta kemesraan yang dapat dijalankan melalui Persatuan.
Sijil Perakuan
