PERSATUAN WANITA UITM
Selamat Datang Ke Laman Web PEWANI
Selamat Datang Ahli Pewani UiTM
Ikhlas daripada AJK Induk PEWANI UiTM 2019-2021
Come Join Us
SPAWANI - Menara SAAS UiTM Shah Alam Call : 019-3060686
TAHNIAH ATAS PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN PANGLIMA JASA NEGARA (P.J.N)
IKHLAS DARI PEWANI

Mengenai Kami

PEWANI adalah Persatuan Wanita Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang merupakan satu persatuan bagi staf wanita dan isteri staf UiTM. PEWANI ditubuhkan atas dasar untuk menjaga kebajikan dan memberi aktiviti kepada staf wanita dan isteri staf di UiTM. Tujuan PEWANI ditubuhkan adalah untuk merapatkan perhubungan muhibbah dan menyatukan kakitangan-kakitangan wanita Universiti dan isteri di semua peringkat perkhidmatan. 

Selain itu untuk menggalakkan dan menguruskan kerja-kerja amal melalui kutipan derma dan lain-lain sumber kewangan bagi faedah ahli-ahli dan keluarga mereka serta orang ramai. Ia juga dapat menjadikan perhubungan erat serta kerjasama dengan lain-lain persatuan wanita yang berdaftar di negara ini bagi memupuk semangat persefahaman dan menambahkan pengetahuan mengenai perkara yang mendatangkan faedah kepada Persatuan. Malah PEWANI dapat menimbulkan kesedaran di kalangan ahli akan kepentingan, peranan dan tanggungjawab wanita dalam meninggikan imej Universiti dan negara.

Kelebihan Sebagai Ahli:

  • Dapat mengikut program yang dianjurkan oleh persatuan

  • Mendapat keistimewaan dari segi yuran penyertaan sekiranya melibatkan program yang berbayar

  • Boleh memohon untuk Anugerah AKA bagi anak-anak yang cemerlang

  • Dapat membantu sesame ahli yang ditimpa musibah

  • Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama staf

  • Dapat menimba ilmu, pengalaman dan pengetahuan melalui aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan

  • Menambahkan kenalan

 Sumbangan Kepada Ahli:

  • Anugerah Kecemerlangan Akademik (AKA) Anak Ahli PEWANI bagi Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM

  • Sumbangan Ramadhan dalam Majlis Kenangi Mereka Sayangi Mereka (KMSM) kepada anak yatim, asnaf dan balu staf UiTM

  • Sumbangan musibah kepada ahli bergantung kepada kewangan persatuan

AHLI JAWATANKUASA PEWANI INDUK

Jawatankuasa PEWANI Induk berfungsi bagi menyelaraskan aktiviti dan program Pewani seluruh UiTM. Dibawah Jawatankuasa PEWANI Induk, terdapat Jawatankuasa Kecil PEWANI UiTM Cawangan Selangor yang terdiri dari lima buah kampus iaitu :

  • Puncak Alam
  • Puncak Perdana
  • Dengkil
  • Sungai Buloh
  • Selayang

 

 

 

YBhg. Datin Hajah Rahimah Abdul Rahman

YANG DI PERTUA

Datin Balkhis Othman

TIMBALAN YANG DIPERTUA 1

Profesor Dr Hamidah Mohd Saman

TIMBALAN YANG DIPERTUA 2

Aktiviti Kami

0

Ahli Pewani Biasa

0

AHLI PEWANI SEUMUR HIDUP

Pautan PEWANI Cawangan

Pewani Negeri Sembilan Pewani Negeri Sembilan
Pewani Pulau Pinang Pewani Pulau Pinang
Pewani Melaka Pewani Melaka
Pewani Kelantan Pewani Kelantan
Pewani Perak Pewani Perak
Pewani Johor Pewani Johor
Pewani Kedah Pewani Kedah
Pewani Pahang Pewani Pahang
Pewani Sabah Pewani Sabah
Pewani Perlis Pewani Perlis
Pewani Terengganu Pewani Terengganu
Pewani Sarawak Pewani Sarawak
­